PAKEJ PENGURUSAN BERAT BADAN
BERASASKAN SHAPEWORKS
Terdiri daripada:
Satu set Formula 1 – campuran shake soya berkhasiat
tinggi
Satu
set Formula 3 – serbuk protein soya dan whey untuk pembentukan tubuh
Satu
set Campuran teh herba Tea mix – untuk mempercepatkan pengeluaran bahan
buangan badan.
Kombinasi
produk-produk ini merupakan kunci kepada kepantasan penurunan berat badan dan pembentukan
tubuh seperti yang anda inginkan.
Cara Penggunaan set Start Now Pack ini adalah amat MUDAH
Untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan tenaga anda:
Untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan tenaga anda:
- Gantikan
Sarapan dan Makan Malam dengan HERBALIFE Shake (Satu sudu Formula 1 + satu sudu
Formula 3). Nutrisi dan kalori yang dibekalkan daripada shake ini adalah
lebih daripada mencukupi bagi tubuh anda. Anda tidak merasa lapar.
- Nikmati
makan tengahari anda seperti biasa.
- Minum
Tea Mix yang
menyegarkan 3-4kali sehari pada bila-bila masa yang diperlukan. Anda akan
merasa lebih dahaga daripada biasa. Ini kerana sistem tubuh anda
memerlukan air untuk membantu membuang bahan-bahan yang kumuhan badan yang
lebih banyak daripada biasa. Minum air kosong dengan kuantiti yang lebih
banyak. Setiap 25kg berat badan anda memerlukan 1 liter air untuk
membolehkannya berfungsi dengan baik.
Set
Start Now Pack ini boleh digunakan dengan cara guna berlainan untuk mencapai
matlamat:
1. Menurunkan berat badan
Produk yang dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix)
2 shake + sekali hidangan
(Sebagai gantian sarapan pagi dan makan malam, Tengahari
makan biasa)
Sarapan pagi—milk shake (400ml air kosong+3 sudu besar
formula 1)
Tengahari —makan biasa (kurangkan lemak)
Makan malam—milk shake
Membancuh Tea Mix (500ml air kosong+1 sudu kecil tea
mix) Minum 4 kali sehari(2000ml)
Tambahan lagi air kosong 2000ml sehari
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.
2. Menambah Berat Badan
Produk Yang Dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea
mix)
3 kali shake dan 3 kali makan biasa sehari
Sarapan pagi—milk shake (300ml air kosong+1 sudu besar
formula 3 digoncangkan terlebih dahulu, tambahkan 2 sudu besar Formula 1 dan
goncangkan sekali lagi)
Hendaklah diambil bersekali sarapan.
Makan Tengahari seperti biasa
selepas makan tengahari Minum shake dalam 30 minit
Makan malam seperti biasa
selepas makan malam Minum shake dalam 30 minit
Membancuh Tea Mix
(500ml air kosong+1 sudu kecil tea mix) Minum 2 kali
sehari(1000ml)
Tambahan air kosong sebanyak 2000-300 ml sehari (2-3 Liter)
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.
3. Mengekalkan Berat Badan, Kesihatan Serta Ibu Mengandung
Produk Yang Dicadangkan (Formula 1, formula 3 & tea mix)
2 kali shake dan 2 kali makan biasa sehari
Sarapan pagi—milk shake (400ml air kosong+1 sudu besar
formula 3 digoncangkan terlebih dahulu, tambahkan 2 sudu besar Formula 1 dan
goncangkan sekali lagi)
Makan tengahari - makan biasa
Makan malam—makan biasa
Sebelum tidur—milk shake
Membancuh Tea Mix (500ml air kosong+1 sudu kecil tea
mix)
Minum 2 kali sehari(1000ml)
Tambahan air kosong sebanyak 2000-300 ml sehari (2-3 Liter)
Keseluruhannya sebanyak 4000ml(4 Liter) utk tempoh sehari.
Bagi perempuan mengandung sekiranya tidak mahu mengambil Tea Mix,
hendaklah amalkan minum air kosong 3000ml sehari.
(Formula 1 datang dengan pilihan perisa: vanilla, chocolate
strawberry, tropical fruit dan cappuccino – anda boleh memesan mengikut perasa
kesukaan anda)
Info
Lanjut Mengenai Produk Formula 1
Nutritious
Mixed Soy Powder Drink (550g)
Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan.
Mengandungi 55 jenis nutrisi dan 15 jenis herba terbaik.
Ditawarkan dengan 5 perasa enak:
- Dutch
Chocolate
- French
Vanilla
- Cappuccino
- Tropical
Fruit
- Strawberry
Fakta Nutrisi
Saiz Hidangan: 2 Sudu Besar (25g)
Hidangan untuk Sebekas: 22
Asas Nutrisi Selular dan Pengurusan Berat Badan
Pengedar dan pelanggan di seluruh dunia sudah mengetahui tentang Formula
1 Nutritious Mixed Soy Drink sebagai cara efektif untuk menguruskan berat
badan, dan sekarang perubatan dan sains juga menyokong penggunaan produk-produk
pengantian makanan seperti ini. Satu artikel dari Arkib Perubatan Dalaman
melaporkan penyelidik-penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti of Nevada
mengkaji pengantian makanan dan membuat kesimpulan bahawa cara pengantian
makanan ini adalah cara terbaik dan efektif untuk mencapai berat badan yang
terbaik atau ideal untuk semua orang.
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dirumus bertujuan
sama ada untuk:
- Mengawal
berat badan anda dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM , atau
- Memperolehi
tubuh badan yang sihat dengan Nutrisi Selular
Rumusan unik protein soya ini mengabungkan karbohidrat, lemak sihat,
vitamin, mineral dan herba khusus bagi tubuh badan anda mencapai tahap
kesihatan yang terbaik dan menstabilkan berat badan pada tahap ideal.
Formula ini dicipta untuk mengantikan 2 kali hidangan anda sehari jika
anda ingin menurunkan berat badan dengan memberikan tubuh anda dengan nutrisi
yang lengkap dan seimbang. Ini menjadikan program pengurusan berat badan
Shapeworks menjadi sangat berkesan. Untuk mereka yang perlukan makanan tambahan
di samping makanan yang mereka ambil, shake penuh nutrisi ini boleh diambil
setiap hari atau sebagai pengantian agar tubuh anda mendapat semua nutrisi
penting untuk mencapai kesihatan keseluruhan.
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink boleh dicampur dengan susu
tanpa lemak, air soya atau jus buah-buahan untuk menjadikan bancuhan shake yang
lazat. Anda juga boleh mencipta resipi shake anda sendiri dengan mencampurkan
buah-buahan segar dan rempah. Untuk penerangan lanjut, baca label.
Formula 1 ditawarkan dalam 5 perasa: French Vanilla, Tropical Fruit,
Dutch Chocolate, Cappucino dan Strawberry.
Butiran Perbincangan
· Pengurusan berat badan yang selamat dan berkesan: Formula 1 Nutritious
Mixed Soy Powder Drink telahpun dicipta dengan formula sains berteknologi
tinggi sebagai penganti makanan untuk membekalkan tubuh badan kita dengan
nutrisi utama untuk pengurusan berat badan, membekalkan tenaga yang kita
perlukan seharian, meningkatkan stamina atau daya tahan dan ketumpatan
otot.
· Pengabungan dengan produk lain: Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder
Drink boleh digunakan dengan produk Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM yang
lain dan juga semua produk-produk nutrisi tambahan Herbalife yang lain.
Tahukah anda?
Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink telah menjadi produk utama
Herbalife di titik permulaan sejarah Herbalife. Penubuhan Herbalife oleh Mark
Hughes, yang pada permulaannya menjual produk ini daripada bonet keretanya.
Hari ini, Formula 1 menjadi produk pilihan terbaik di dunia.
Fakta Pintas
· Mengenyangkan, memberikan kepuasan mutlak dan membekal tenaga
· Setiap hidangan mengandungi 8.65 grams protin soya
· Kaya dengan serat-serat makanan
· Mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral termasuklah
anti-kotoran penting Vitamin A, C dan E.
Bahan-bahan: Protein soya pencilan, fruktosa, lecitin soya, minyak soya,
gamguar, serabut oat, perisa biskut, bran jagung, kalsium sitrat,
fruktooligosakarida, selulosa, protein susu, silicon dioksida, dekstrosa,
kalium fosfat karagenan, gam xantan, vanilla, magnesium oksida, minyak kanola,
asid askorbik, ferus fumarat, sitrus pectin, serbuk madu, dl-alfa tokorefil
asetat, niasinamida, serbuk pasli, serbuk campuran papaya, zink oksida, kuprum
glukonat, vitamin A palmitat, asid pantotenik, vitamin D, campuran antioksidan
(dl-alfa tokoferil asetat, askorbil palmitat, lesitin), piridoksida hidroklorida,
sianokobalamina, mangan karbonat, riboflavin, tiamina, asid folik, kalium
iodide, natrium selenit, biotin.
Mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.
Arahan: Hanya kisar atau kacaukan 2 sudu besar (25gram) ShapeworksTM
Formula 1 dengan 240ml susu tanpa lemak, jus atau minuman kegemaran.
Untuk kesihatan keseluruhan: Disyorkan untuk menganti satu hidangan
setiap hari dengan shake lazat ShapeworkTM Formula 1.
Untuk pengurusan berat badan: Disyorkan untuk menganti dua hidangan dengan
shake lazat ShapeworkTM Formula 1.
Untuk hasil Maksimum: Gunakan produk ini bersama-sama dengan
ShapeWorksTM Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mengesan, merawat, mengubat atau
mengelakkan sebarang penyakit, ia cuma masuk akal bahawa apabila kita
memberikan nutrisi dan zat-zat makanan yang lengkap kepada tubuh badan kita,
ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa ini akan berfungsi baik untuk melawan atau
menghindar penyakit dengan amat berkesan. Formula 3
Blended
Soy and Whey Protein Powder (240g)
Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang.
Membina otot secara efektif untuk pembakaran lemak berkesan.
Kunci kepada pengekalan berat badan jangka panjang
Protein, khususnya blok-blok Pembina protein yang dipanggil “asid
amino”, ialah komponen penting didalam setiap sel dalam badan. Sel sistem imun,
kulit, rambut dan otot semuanya bergantung kepada protein untuk berfungsi dan
tumbuh dengan betul.
Ramai orang yang berdiet kerap mengurangkan pengambilan protein untuk
mengurangkan kalori dan mengekalkan berat badan. Ini boleh membawa kepada
kelemahan yang bukan sahaja menganggu kesihatan, tetapi juga boleh mencetuskan
ketidakseimbangan nutrisi dalam badan anda yang boleh memperlahankan pengurusan
berat badan dan akhirnya membawa kepada penambahan berat badan, satu keadaan
yang dirujuk sebagai “yo-yo diet”.
Untuk mengelakkan diri daripada mengalami “yo-yo diet”, anda perlu
memberikan badan anda dengan nutrisi yang lengkap dan salah satu nutrisi
terpenting ialah protein.
Butiran Perbincangan
· Berita baik untuk orang yang berdiet: Menambah tambahan serbuk Protein
ke dalam Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink mempertingkatkan
pengambilan protein tanpa menambah lemak ekstra atau kalori dari karbohidrat.
· Pengurusan berat badan dengan kuasa protein: Satu atau tiga sudu besar
rata serbuk ini sehari boleh menambah sehingga 15 gram protein berkualiti
tinggi. Ini akan menambahkan rasa kenyang dan membantu pengambilan protein yang
mencukupi.
· Impian ahli bina badan: Untuk pengangkat berat, Blended Soy and Whey
Protein Powderialan pilihan yang sangat baik untuk membantu meningkatkan
pengambilan protein. Pengangkat berat boleh mengunakan Formula 1 Nutritious
Mixed Soy Protein Powder, tambahkan susu, buah dan dua sudu besar Blended Soy
and Whey Protein Powder dan dengan mudah mencapai 25 gram protein seperti yang
disyorkan untuk shake pengantian selepas senaman.
· Pelbagai kegunaan: Blended Soy and Whey Protein Powder adalah amat
sesuai untuk dicampurkan dengan shake, minuman, sup dan kuah pasta. Ia mudah larutdalam
minuman panas atau sejuk, menjadikan makanan itu hidangan yang lengkap.
· Gabungkan dengan produk-produk lain: Blended Soy and Whey Protein
Powder boleh digunakan bersama Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM dan
keseluruhan keluaran produk-produk Herbalife yang lain.
Tahukah Anda?
Menurut United States Food and Drug Administration, soya memberikan
profil protein yang SEMPURNA. Kacang soya mengandungi semua asid amino yang
penting untuk nutrisi manusia, yang mesti dibekalkan dalam diet kerana badan
manusia tidak boleh menghasilkannya. Produk-produk protein soya boleh
digantikan dengan makanan berasakan haiwan – yang juga mempunyai protein
sempurna tetapi lebih cenderung untuk mengandungi banyak lemak, terutamanya
lemak tepu – ini mengakibatkan kita terpaksa melakukan banyak penyesuaian untuk
diet-diet yang lain. Blended Soy and Whey Protein Powder juga mengandungi
protein soya yang berkualiti tinggi.
Fakta Pintas
· Membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan mengikut kuantiti
yang disyorkan
· Mengandungi lebih kurang 5 gram protein bagi setiap sudu besar.
· Turut mengandungi protein soya, mengandungi isoflavona yang penting
untuk nutrisi yang sihat.
· Mengandungi whey protein, satu sumber cystine dan methionine, yang
mana penting untuk penjagaan otot.
· Tidak mengandungi lemak, gula, karbohidrat, yis, kolesterol, garam,
laktosa, pemanis atau pewarna tiruan.
· Sesuai dicampurkan sama ada dalam minuman, panas mahupun sejuk.
Bahan-bahan: Protein soya isolate, pati protein whey, perasa asli dan
silikon dioksida.
Mengandungi kondisioner makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.
Cadangan Hidangan: Satu sudu besar (satu hidangan) membekalkan 5 grams
protein. Ambil 2 hingga 4 hidangan setiap hari. Formula tidak berperasa dan
tidak dimaniskan ini amat sesuai dicampurkan bersama dengan shake Formula 1
atau dikacau di dalam makanan dan minuman lain, termasuklah makanan bijirin,
yogurt, sos dan sup.
Untuk hasil terbaik: Wanita sepaturnya mencampurkan 1 hingga 2 sudu besar
(10 gram protein) Blended Soy and Whey Protein Powder ke dalam setiap
ShapeWorksTM Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dan untuk lelaki,
campurkan 2 hingga 3 sudu besar (15 gram protein). Tea Mix
Tea
Mix-Lemon and Hibiscus (50g)
Minuman herba yang menyegarkan, pembakar lemak terbaik.
Secawan bersamaan dengan 20 minit erobik!!
Berkurun lamanya orang telah menikmati kebaikan teh panas dan sejuk.
Salah satu daripada minuman yang paling digemari di dunia, teh boleh
menenangkan, menyegarkan, merangsangkan, mententeramkan dan mengembirakan
bergantung kepada apa jenis teh yang anda pilih.
Teh adalah minuman yang menyegarkan dan snek sambil menunggu hidangan
seterusnya. Hakikatnya, teh hijau yang menjadi bahan utama dalam Tea Mix, boleh
menolong untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas, dan ia juga amat
berkesan membantu kita melangsingkan badan. Ia membekalkan polyphenols dengan
agen pembersihan dan lain-lain manfaat yang menyihatkan di samping khasiat yang
merangsangkan.
Kajian telah mendapati Teh Hijau, salah satu daripada minuman tertua
yang diketahui manusia, boleh mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak
disamping memainkan peranan penting dalam pengawalan komposisi badan.
Penyelidik di University of Geneva di Switzerland mengkaji 10 lelaki muda yang
sihat untuk enam minggu dan mendapat keputusan yang mana mengambil ekstrak teh
hijau membakar lebih banyak kalori berbanding yang tidak mengambilnya.
Penyelidik mempercayai sebatian teh hijau yang dipanggil flavonoids mungkin
akan mengubah cara badan mengunakan hormon yang digelar norepinephrine, yang
mana mempercepatkan pembakaran kalori.
Ambil
Tea Mix setiap hari dan secara otomatik anda telahpun membekalkan tubuh anda
dengan teh hijau!
Teh juga boleh membantu anda mencapai matlamat pengurusan berat badan
anda. Terdapat sejenis teh yang boleh berbuat demikian dengan cara yang efektif.
Dengan mengabungkan keajaiban herba purba dengan teknologi moden hari ini,
HERBALIFE telah menghasilkan ShapeWorksTM Tea Mix. Minuman teh lazat ini sangat
sesuai untuk diminum diantara waktu makan dan ia memberikan rasa kenyang dan
memberikan tenaga segera. Teh ini akan mengurangkan rasa ketagihan terhadap
kudapan atau makanan ringan yang biasanya berkalori tinggi dan akan menyebabkan
kegemukkan. ShapeWorksTM Tea Mix bukan hanya untuk orang berdiet. Ia juga untuk
orang yang mahukan keseronokan meminum minuman yang menyegarkan, baik untuk
tubuh dan kerohanian mantap.
*Juga terdapat dalam bekas 50g atau 100g.
Kombinasikan dengan produk lain: ShapeWorksTM Tea Mix
amat sesuai untuk dikombinasikan dalam Program Pengurusan Berat Badan
ShapeWorksTM dan dengan semua produk-produk nutrisi yang lain.
Tahukah
anda?
Teh hijau adalah minuman purbakala selain air yang diminum oleh
kebanyakan umat manusia di seluruh dunia. Minuman yang biasa ini telahpun di
berikan nilai yang amat tinggi berkurun-kurun lamanya disebabkan oleh
kebaikannya terhadap kesihatan. Ia kaya dengan agen pembersihan badan, yang
mana membantu melindungi badan kita dari kotoran dan kesan yang membahayakan.
Fakta Ringkas
- Minuman
yang menyeronokkan, diadunkan dengan 5 bahan tumbuhan semulajadi.
- Setiap
hidangan bebas dari sebarang kalori.
- Sangat
enak diminum sejuk ataupun panas.
- Melengkapkan Program
Pengurusan Berat Badan ShapeWorksTM.
Bahan-bahan: Maltodextrin, fruktosa, ekstrak orange
pekoe, ekstrak tea hijau, ekstrak kupasan lemon, ekstrak biji cardamom, ekstrak
malva sylvestris dan serbuk bunga raya.
Mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan.
Arahan: Campurkan 1/2 sudu teh (lebih untuk memenuhi
keperluan rasa anda) ShapeWorksTM Tea Mix dengan 200ml hingga 240ml air sejuk atau
panas dan nikmatilah ia.
*Ia berbentuk serbuk yang sangat halus dan amat mudah untuk larut.





.jpg)
No comments:
Post a Comment