SEJARAH HERBALIFE
Pada tahun 1980, Herbalife adalah syarikat pertama yang
menggabungkan kuasa pembersihan dan penyembuhan herba dengan menggunakan sains
nutrisi terkini. Sebagai tambahan kepada ini adalah sokongan peribadi kepada
setiap pelanggan melalui sistem jurulatih yang unik. Kombinasi hebat ini telah
meningkatkan jualan daripada $2 juta pada 1980, kepada $3.8 bilion dolar pada
2008, pada masa yang sama berkembang ke 74 negara. Orang yang memungkinkan ini
adalah Michael O Johnson yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife.
FAKTA-FAKTA MENGENAI HERBALIFE
- Herbalife
bermula pada 1980 dengan jualan sebanyak $2 juta
- Herbalife
mendapat jualan sebanyak $3.8 bilion jualan dari seluruh pelusuk dunia
pada tahun 2008.
- Herbalife
telah menjadi peneraju industri sains nutrisi selama lebih 31
tahun.
- Buat
masa sekarang Herbalife telah beroperasi di lebih 74 negara di
seluruh dunia.
- Herbalife
adalah satu-satunya syarikat nutrisi yang mempunyai doktor pemenang Hadiah
Nobel dalam proses perkembangan produk.
- Herbalife
mempunyai lebih 65 juta pelanggan yang berpuas hati di
seluruh pelusuk dunia.
- Herbalife
adalah pencapai prestasi bagus secara konsisten di NYSE (New York
Stock Exchange)
PASUKAN DOKTOR KAMI
Pusat penyelidikan Molekular dan Nutrisi
Selular Mark Hughes di Sekolah Perubatan UCLA.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada kajian dan pembaharuan nutrisi
tambahan yang terkini, Herblife telah menubuhkan pusat kajian Molekular dan
Nutrisi Selular di UCLA. Makmal ini di ketuai oleh Dr. David Heber, Professor dalam
Perubatan dan Kesihatan Awam di UCLA dan Pengarah Peneraju kepada Pusat Nutrisi
Manusia di UCLA
Misinya adalah untuk memajukan sains nutrien ke tahap kefahaman yang baru
dengan menggunakan kajian yang progresif dan kemajuan teknologi yang ada. Para
pengkaji akan memantau herba-herba ini satu persatu menggunakan teknologi yang
di panggil "Multidimensional Profiling" yang membolehkan syarikat
untuk berada pada posisi terkini dalam mencipta pemakanan penambahan yang
paling maju di pasaran.
Menggunakan kemudahan penyelidikan di UCLA, Herbalife telah menubuhkan Badan
Penasihat Sains (SAB) dan Badan Penasihat Perubatan (MAB) yang terdiri daripada
ahli sains terkemuka dan pakar nutrisi untuk mencipta produk berdasarkan
penyelidikan terkini.
BENTUKKAN BADAN DAN DAPATKAN KESIHATAN TERBAIK DALAM
HIDUP ANDA DENGAN MAKANAN SIHAT HERBALIFE
Cuba fikirkan tentang masalah yang dihadapi oleh kebanyakkn
orang yang mahu cuba untuk mengurangkan berat badan. Mereka lapar, tidak
mendapat nutrisi yang baik dan kehilangan otot kerana mereka mengurangkan
pengambilan protin mereka dan juga kalori. Apabila mereka berhenti mengamalkan
"diet" mereka, lemak akan bertambah dan otot masih berkurang.
Fikirkan tentang keperluan tenaga mereka, ia hanya akan menjadi lebih teruk.
Sekarang fikir tentang keperluan tenaga anda dengan Herbalife. Anda mempunyai
otot berkualiti, anda makan kurang lemak, gula dan karbohidrat tidak berfaedah
yang lain, dan anda membuang toksin dalam badan supaya dapat menyerap nutrisi
yang anda makan. Perbezaan yang ketara!
Jadi samada anda mahu bentukkan badan anda, turunkan berat badan atau berlatih
untuk triathlon seterusnya, sarapan sempurna Herbalife adalah pilihan yang
terbaik untuk meningkatkan nutrisi anda secara radikal dan masih menikmati
makanan yang anda gemari.
Pilih shake Herbalife Formula 1 yang enak berdasarkan perisa kami iaitu Dutch
Chocolate, French Vanilla, Coppuccino, Strawberry atau Tropical Fruit! Kami ada
resepi berasaskan air, jus buah-buahan, soya atau susu rendah lemak dan banyak
lagi pilihan lain. Anda juga boleh membuat pai atau makanan lain. Bukan sahaja
anda makan sarapan yang terbaik, anda tidak akan makanan yang tidak baik DAN
anda akan jimat wang. Ya, purata sarapan Herbalife adalah lebih murah dari
sarapan biasa yang tidak sihat anda makan di rumah sekarang, atau terutamanya
yang kita beli dalam perjalanan! Selepas beberapa hari anda akan rasa
perbezaannya dan mula MELIHATNYA juga! Oleh kerana anda makan kurang lemak dan
karbohidrat yang tidak berfaedah, anda akan mula membentuk badan anda. Ini
boleh dinampak dalam berat yang kurang dan sentimeter atau inci juga.
Lemak adalah tidak bagus untuk ukuran pinggang anda dan semua orang tahu
mengenainya, tapi begitu juga karbohidrat yang kosong. Ini adalah gula, roti,
pasta, nasi dan semua kalori tambahan dalam badan anda yang tidak boleh di
bakar kerana anda tidak cukup aktif. Kalau karbohidrat tidak di gunakan untuk
menghasilkan tenaga dalam badan, ianya akan di simpan sebagai lemak. Sekarang
anda lihat mengapa makanan yang tidak bagus boleh membunuh dan menggemukkan
kita.
Kebanyakan sarapan kita adalah segera, kalori tidak berkhasiat, nasi, mi, roti
bakar, bijiran bersalut gula, kopi dengan krim dan gula, daging berlemak dan
kek manis. Semua makanan segera ini akan senang bertukar menjadi lemak jika
anda tidak berlari marathon seharian! Dengan Formula 1 Herbalife, anda bukan
saja mendapat apa yang badan anda perlukan; protin soya, vitamin, mineral, air,
minyak sihat dan serat, dan anda akan jimat wang, dan perkara paling menarik
sekali adalah rasanya yang sedap! Dan kelebihan utama Herbalife adalah
herbanya. Ianya mencuci dan membaiki badan secara semulajadi, tanpa ini anda
tidak akan mendapat khasiat sepenuh nutrisi kerana anda tidak menyerap
sepenuhnya nutrisi ke dalam sel-sel.
HERBALIFE MALAYSIA
Kejayaan Bermula di Sini!
Herbalife kini bertapak di Malaysia!
Herbalife Malaysia kini mula beroperasi dan dibuka secara rasminya di Malaysia
21hb Januari 2006. Hari pembukaan kami bertambah meriah dengan kehadiran Ahli
Kelab Chairman, para ahli Team Presiden, Ahli Team Jutawan serta ramai pengedar
yang ghairah dan dinamik dari seluruh dunia. Kami telah lama menjangka
kemasukan Herbalife dalam pasaran Malaysia dan percaya Malaysia boleh memainkan
peranan yang penting di rantau Asia Pasifik.



No comments:
Post a Comment