OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan
yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu
penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk
lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan
seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin
pendek.
SIAPAKAH
YANG TERGOLONG DALAM OBESITI
- Mempunyai
berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran
ideal;
- Mempunyai
berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan
sepatutnya;
- Indeks
Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana
mengira BMI);
- Mengalami
beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes(kencing
manis); dan
- Gagal
mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut
diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi keperluan.
Anda dikatakan obes sekiranya Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda mencapai 30.0 kg/m2
atau lebih.
Apakah penyebab berlebihan berat badan dan
obesiti?
Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat
ketidakseimbangan tenaga dimana pengambilan melebihi penggunaan pada jangka
masa yang panjang.Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori
serta penurunan tahap aktiviti fizikal juga merupakan faktor penyumbang utama
masalah kegemukan dan obesiti.
Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk:
- Pengambilan
sesetengah jenis ubat
- Penyakit
seperti hypothyroidism, penyakit Cushing’s
hypothalamic tumors.
- Pengurangan
mendadak tahap aktiviti fizikal (ahli sukan yang bersara)
- Ketidakseimbangan
hormon
Apakah masalah-masalah kesihatan yang
berkaitan dengan kegemukan?
- Penyakit
jantung dan tekanan darah tinggi
Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah
lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka
yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.
- Tekanan
darah tinggi dan angin ahmar
Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat
badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih
tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.
- Kencing Manis. Terutama di kalangan dewasa yang mempunyai berlebihan lemak di bahagian abdomen.
- Kanser. Beberapa kajian menunjukkan kaitan yang positif antara berlebihan berat badan dan kanser terutama yang diakibatkan oleh hormon seperti kanser payu dara, kanser serviks, kanser uterus dan kanser ovari dan prostat.
- Masalah
endokrin.
Kitaran haid yang tidak tetap, masalah berkaitan haid yang lain, dan
masalah komplikasi kehamilan, terutamanya toksemia dan tekanan darah
tinggi.
- Penyakit
pundi hempedu.
Obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit pundi hempedu bagi lelaki dan
perempuan pada semua peringkat umur. Risiko tersebut semakin meningkat
apabila terdapat lebihan lemak di bahagian abdomen.
- Penyakit
paru-paru.
Individu yang obes mengalami masalah pernafasan. Ini mungkin diakibatkan
oleh pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk,
abdomen dan diafragma.
- Arthritis. Individu yang obes adalah
berisiko tinggi untuk menghidap gout artritis iaitu keadaan yang sangat
menyakitkan. Berlebihan berat badan akan memberi tekanan pada sendi-sendi,
bahagian belakang dan lutut. Akhir sekali ia akan menyebabkan
osteoartritis.
Bagaimana untuk menurunkan berat badan?
- Runding
dengan doktor anda untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah perubatan,
biologi atau masalah psikologi yang menyebabkan masalah berlebihan berat
badan.
- Runding
dengan pakar pemakanan atau pakar diet dari klinik atau hospital untuk
mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
- Anda
perlu tahu keperluan tenaga harian anda supaya anda boleh mengurangkannya
untuk menurunkan berat badan anda.
- Rujuk
contoh menu mengikut keperluan kalori anda.
- Jangan
terlalu mengurangkan pengambilan kalori kerana jika anda betul-betul
lapar, anda akan makan berlebihan.
- Makanlah
mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan
buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber
gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan.
Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam
lemak dan karbohidrat.
- Paling
Penting: Lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan
beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga
45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda belum pernah melakukan senaman,
dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
- Dapatkan
sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan.
- Ingat : Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa. Kehilangan ½ kg seminggu mungkin tidak memotivasikan anda, tetapi jika terlalu cepat berat badan diturunkan, anda akan membuat diri anda lapar dan akhirnya anda akan makan lebih banyak.
Obesiti ataupun masalah kegemukan merupakan satu ancaman
yang semakin serius kepada rakyat di negara ini. Saban tahun, kajian telah
dijalankan bagi mengetahui peratusan dan tahap obesiti bagi penduduk di negara
ini. Hasilnya adalah amat menakutkan kerana pertambahannya yang begitu drastik
dari tahun ke tahun menunjukkan tahap kesedaran masyarakat kita masih amat
berkurangan terutamanya berkaitan dengan soal pengambilan makanan seharian.
"Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah
berlebihan berat badan meningkat kepada 27% (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 %
(1.7 juta) pada 1996."
Bagi tahun 2006 pula, peratusannya telah meningkat menjadi
semakin tinggi sehingga mencapai 43.1% dan telah direkodkan sebagai antara
negara yang mengalami tahap obesiti tertinggi di Asia. Peningkatan sebanyak 16%
dalam tempoh 3 tahun telah cukup untuk membuktikan bahawa kita semua harus
berubah dan perlu mengambil serius tentang isu obesiti ini.
Data dan statistik di atas jelas menunjukan bahawa negara kita
bakal menghadapi satu krisis kesihatan yang teruk sekiranya tahap kesedaran
berkaitan makanan ini tidak dipupuk kepada masyarakat kita. Fenomena 5G iaitu
Gebu, Gemuk, Gempal, Gendut dan Gelebar akan berleluasa disegenap peringkat
umur masyarakat kita. Malah yang lebih membimbangkan adalah 1001 penyakit
kronik yang dikaitkan dengan obesiti bakal dihadapi sekiranya aspek ini tidak
diambil serius.


No comments:
Post a Comment